01 February 2014

Menolong itu amalan mulia

"Nak saya tolong?"
"Macam perlukan bantuan tu. Meh sini aku tolong kau."

Tidak ada yang membebankan pun kalau kita menolong orang. Pahala pun dapat. Mengeratkan silaturrahim. Hidup diberkati. Pakej yang lengkap. Siapa yang tak nak? Mai habaq sini.

Kan ada orang kata; "Perbuatan mulia akan dibalas mulia". Pada akhir zaman ini, Allah bagi balasan yang setimpal dengan perbuatan kita dengan sekelip mata. Mungkin kita menolong orang dari segi yang lain dan orang lain akan menolong kita dari segi yang lain. Baik yang kita beri kepada orang, baik yang kita dapat. Jahat yang kita beri kepada orang, jahatlah yang kita dapat. Jadi, setiap perbuatan itu terletak ke atas diri kita sendiri.

"Alaa. Tu menolong orang bukannya ikhlas tu. Nak menunjuk dekat orang je lebih."

Ahh! Persetankan semua tuduhan tersebut. Hanya diri sendiri dan Allah sahaja yang tahu niat sebenar kita. Manusia mana yang sentiasa berasa senang dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang lain. Ada sahaja yang buruk dimatanya. Niat kita yang ikhlas hendak menolong orang hendaklah diteruskan dan kita mendapat pahala. Sebaliknya, orang yang memperkecilkan niat baik seseorang akan mendapat dosa. Sia-sia sahaja kan? Muhasabah diri.

"Terima kasih."

Ini ucapan yang paling penting selepas seseorang menolong kita! Dua patah perkataan ini lebih bernilai jika dibandingkan dengan; "Nanti aku belanja kau makan sebab kau tolong aku." 

GAGAHKAN HATI DAN KUATKAN IMAN. TERAPKAN DI DALAM HATI DAN MINDA BAHAWA PERBUATAN BAIK DIBALAS BAIK MANAKALA PERBUATAN JAHAT DIBALAS JAHAT.