31 January 2014

"luu kena respect gua!"

Ada orang kata, "Yang tua dihormati dan yang muda disayangi."  Di Malaysia ni memang terkenal dengan orang yang berbudi bahasa, menghormati orang lain dan terselit juga orang yang mengharap dirinya dihormati oleh orang lain.

"Derr. Aku ni lagi tua dari kau. Dah merasa dulu masinnya garam. Hormatlah aku!"

Hormat ni bukan seesuatu yang boleh diminta. Kalau petik jari itu dah mendapat hormat dari orang lain, alamat nya orang di Malaysia ini kerjanya memetik jari sahaja la. Ye dok? Boleh kalau ingin dihormati. Lakukan sesuatu perkara yang memberi manfaat kepada orang lain. Perkara yang baik akan dihebah-hebahkan oleh orang lain. Secara tidak langsung, anda akan dihormati. Tidak semestinya seseorang yang berumur mampu mendapat kehormatan daripada orang lain. Jangan serabut mahu mempertikaikan siapa yang sudah merasa garam dahulu. Sebaliknya, anda harus serabut memikirkan bagaimana orang yang lambat merasa garam itu mampu menjadi jauh lebih hebat dan dihormati berbanding anda.

"Aahh! Aku senior. Kenapa pula aku kena buat kerja ni. Bagi junior sudah la"

Ini masalah orang kemaruk senioriti. Jarak umur yang cuma setahun atau dua sahaja bezanya, pengalaman yang tidak seberapa tetapi sudah sibuk mahu mencanang yang dirinya lebih hebat dari orang lain. Ya. Betul. Perbezaan umur itu patut menjadi salah satu perkara mengapa orang yang lebih tua perlu dihormati. Tetapi anda perlu sedar bahawa perbezaan umur juga menjadi salah satu perkara untuk orang lain menilai tahap kematangan diri anda. Tidak usah sibuk mahu membetulkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri masih tidak mampu untuk dibetulkan.





"HIDUP INI UMPAMA RODA. 
SEMENTARA YANG PERTAMA, KITA BERADA DI BAHAGIAN ATAS. 
SEMENTARA YANG KEDUA PULA, KITA BERADA DI BAHAGIAN BAWAH. 

MANA TAHU TIBA-TIBA RODA ITU ROSAK, 
DAN KEBETULAN PULA KITA BERADA DI BAWAH?

SEDARLAH! ALLAH ITU MAHA ADIL."