21 January 2014

graf kehidupan

Puas hati dok dengan kehidupan sekarang? Banyak jawapan:

"The best ever in my life. Perh, bahagia lah hidup kalau gini tiap-tiap hari."
"Kenapa lah hidup aku macam ni? Bila nak bahagia, bila nak hidup gembira?"

Alhamdulillah kepada yang bahagia, gembira dan mampu tersenyum. Tetapi ingat, di dalam setiap kegembiraan akan datang kesedihan. Tiada masalah kalau kita bergembira, cuma beringatlah.

Kepada yang bersedih, cuba ingat kembali keadaan sekeliling, lihat masa lepas. Apa yang teringat? Haa. Hanya diri sendiri yang tau.

"Keluarga aku mana mampu macam keluarga kau. Kau selalu je dapat baju, kasut baru. Aku ni? Hidup aku tak sebahagia kau."

Pernah tengok cerita Bersamamu dekat TV3? Cuba bandingkan keluarga sendiri dengan keluarga mereka. Siapa yang tidak mampu sebenarnya? Terlintas dihati kadang-kadang "Kenapa aku tak sesempurna keluarga orang lain?" Jangan bandingkan keluarga sendiri dengan keluarga orang lain. Semua orang ada latar belakang hidup yang tersendiri. Tidak semestinya keluarga yang kaya-raya, hidupnya bahagia. Mana tahu, keluarga yang sederhana, keluarga yang miskin itu, hidupnya lebih bahagia dari keluarga yang kaya-raya. Hidup ini tidak selalunya indah seumpama graf yang ada naik turunnya. Sebagai anak, kita yang harus mengubah keluarga kita. Sedarlah. Ketika kita kecil dan tidak mampu, ibu bapa yang bersusah payah menggembirakan dan menyenangkan hidup kita. Ketika ibu bapa kita tidak mampu dan tidak mempunyai kudrat pada masa akan datang, anak yang harus bertungkus lumus untuk menggembirakan dan menyenangkan hidup mereka.

"My life is miserable. My boyfriend left me."
"My life is miserable. My girlfriend left me."

Bak kata orang Melayu: "Alahai. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor."  Manusia. Perasaan yang lama ditanam dalam hati, mana boleh nak racun perasaan yang lama disemai. Kena perlahan-lahan buang, buat batas baru dan hilangkan sisa-sisa perasaan yang berbekas. Hidup ini tidak selalunya indah seumpama graf yang ada naik turunnya. Mahu dibandingkan dengan teman lelaki atau teman perempuan, cuba bandingkan pasangan yang telah berkahwin? Sekadar baru berkenalan dan bercinta pun boleh bergaduh besar apatah lagi pasangan yang sudah berkahwin yang terikat dengan ikatan yang sah. Jangan kerana satu perhubungan, kehidupan menjadi tidak seindah yang kita impikan.

"Our children left home for their studies dear. I missed them. When will they come home?"

Selalu mendengar rungutan ibu bapa kerana sunyi anak tiada di rumah. Setiap hari, anak-anak akan membesar. Bermula dari memasuki tadika kemudian menjejakkan kaki ke alam persekolahan dan menjejakkan kaki ke alam universiti dan yang terakhir, alam perkahwinan. Ibu bapa mana yang tidak kesunyian mendengar celoteh anaknya setiap hari dan kemudian anak itu pergi jauh dari mereka. Hidup ini tidak selalunya indah seumpama graf yang ada naik turunnya. Konklusinya senang sahaja. Ibu bapa harus cuba memahami keadaan anak mereka. Anak pula harus memainkan peranan penting. Walaupun kita berada jauh dari ibu bapa, jangan kita menunjukkan yang kita lupakan mereka. Hubungi mereka sekerap mungkin. Jangan lupa, "Air yang dicincang, tidak akan putus."



Allah tidak akan menguji hamba Nya jika hamba Nya tidak mampu. Sesungguhnya Allah menyayangi hamba Nya yang sentiasa bersabar, "Indeed, I have rewarded them this Day for their patience, they are indeed the ones who are succesfull"  (Al Quran, 23:111)




Hidup ini ada turun dan naik seperti graf. 
Kalau graf mendatar, macam mana nak baca data? 
Kalau hidup mendatar, macam mana nak dewasa?