20 January 2014

sayang

Sayang. Manusia mana di dalam dunia ni tiada perasaan itu? Jangan dinafikan perasaan tersebut. Pernah dengar tidak orang kata "Jangan benci sangat, nanti sayang." Sedar tidak sedar, semua orang pernah melalui perkara tersebut.

"Ya. Betul tu. Sayang memang ada macam-macam jenis. Mahu diklasifikasikan? Boleh."

 Sayang kepada Allah? Sudah tentu kerana kita ini hamba Nya.
 Sayang kepada diri sendiri? Sebab itu kita jaga diri kita dengan baik. 
Sayang kepada keluarga? Sebab mereka la kita kenal apa erti kasih sayang di dunia ini. 
Sayang kepada pasangan? Ya sebab itu ada pasangan yang bercinta dan berkahwin. 

"Derr. Love is too mainstream."

Kalau kau sayang, kau tidak sakitkan hati dia. Kalau kau sayang, kau cuba sedaya upaya untuk menggembirakan dia. Kalau sayang, kenapa kau lukakan hati dia? Argh! Banyak sangat penggunaan perkataan kalau. Dibuatnya orang Malaysia dapat saman gara-gara perkataan kalau, mahu kaya Malaysia. Dibuatnya Malaysia keluarkan saman gara-gara seseorang itu tidak memberikan kasih sayang. Wah! Kaya Malaysia. 

"Beb, kau mengigau tadi. Kau dok teriak awak, awak, awak. Apa cerita?"

Kau kata yang kau okay. Kau kata kau boleh tak berhubung seminggu, dua minggu. Kau tunjuk di hadapan semua orang yang kau mampu tersenyum walaupun hati kau dihiris dengan perbuatan orang yang kau sayang. Ya. Itu cuma luaran sebab itu kau mampu tersenyum. Itu cuma ucapan di bibir sebab itu kau kata okay sepanjang masa. Itu cuma perbuatan untuk mengaburi mata orang lain bahawa kau mampu menceriakan diri kau tanpa orang yang kau sayang. 

Realitinya, kau berselubung di dalam selimut sebelum tidur. Kau menangis kerana kecewa dengan orang yang kau sayang sepenuh hati. Realitinya, kau mendengar lagu di depan komputer riba atau di telefon bimbit sambil membuat kerja sedangkan kau termenung sehingga dapat menembus skrin komputer riba atau telefon bimbit itu umpamanya. Realitinya, kau bersedih dan mengaburi mata orang lain bahawa kau bahagia. 

"I am okay. Don't you worry about me"

Manusia menipu untuk membahagiakan orang lain. Sampai bila? Fikirkanlah wahai diri. 

"Babe, share your suffer with me. I can be your ear for you to share your suffer."

Untunglah jika orang yang mendengar itu boleh menyimpan rahsia kita. Untung juga untuk kita jika kita dapat meluahkan apa yang terbuku di hati seratus peratus. Untung juga jika orang yang mendengar tidak menilai diri kita. 

Namun, manusia hanya sedar apabila orang yang menyayangi dirinya pergi jauh meninggalkan dirinya. Manusia hanya sedar seketika setelah dinasihat dan selang beberapa hari, manusia akan kembali melakukan perkara yang sama. Manusia mana yang sempurna selain Rasulullah SAW. Ada?

Awak. Hargai orang yang menyayangi dirimu. Walaupun orang itu egonya setinggi gunung, mata menjeling setiap kali melihat dirimu, membangkang apa yang tidak elok untuk dirimu. Sedarlah. Orang itu menyimpan 1001 perasaan di dalam hati yang tidak mampu diungkap. Tersenyum setiap kali melihat namamu terpapar di skrin telefon bimbit, tersenyum setiap kali dia mendengar namamu, tersenyum sepanjang masa melihat dirimu. Tetapi apabila dirimu memandangnya, sekelip mata wajahnya berubah untuk tidak menampakkan dirinya gembira disisimu. Ya. Dia sebenarnya bahagia apabila dirimu tidak mengabaikannya dan membuktikan yang dirimu sayang dirinya.


"Love what you have, before life teaches you to love what you lost"

- Anonymous