03 February 2014

Ke-sweet-an seorang gadis

Pernah tidak jumpa orang yang akan simpan setiap satu benda yang diberikan oleh orang yang dia sayang?

Ada yang mengumpulkannya di dalam kotak. Yang paling kurang pun ada yang menulis di dalam diari. Perempuan mesti nak simpan sesuatu kenangan walaupun kenangan tersebut sebesar zarah. Nanti apabila tengok semula, ada yang tersengih sendiri. Memori perempuan boleh menyimpan macam-macam memori. Memori dari tarikh, bagaimana boleh terjumpa, baju warna apa yang dipakai, tempat berjumpa dan segala yang terperinci. Kan Harith Iskander ada kata di dalam Lawak Ke Der di Astro; "Perempuan punya memori ni disimpan dalam sebuah fail memori. Segala memori disumbat dalam fail tersebut sehingga kalau ada kuman lalu, tiada ruang untuk kuman tersebut lalu."

Perempuan nampak sahaja keras diluar, kata-kata setajam sembilu sehingga mampu menghiris menusuk kalbu. Ecey ayat.

"Beb. Kalau aku mati dulu dari kau, ni ada kotak. Jangan lupa bagi dekat A tau. Amanah ni"

Segala macam benda dan khazanah dari awal pengenalan sehingga ke akhirnya, seorang perempuan akan simpan. Dengan harapan apabila dia pergi meninggalkan dunia yang sementara ini, orang yang dia sayang itu sedar bahawa ada yang menghargai dirinya.

Sweet kan perempuan? Ya. Sangat menyerlah ke-sweet-an perempuan.


WOMEN ALWAYS HAVE A SHARP MOUTH THAT CAN HURT HER BELOVED ONES BUT ACTUALLY SHE IS THE ONE WHO HAVE THE DEEPEST FEELING AMONG OF ALL.