16 February 2014

Erti rindu

Rindu kerana memerlukan orang tersebut atau terasa kosong tanpa kehadiran orang tersebut? Fikirkan. Kalau perasaan rindu itu hadir kerana memerlukan orang tersebut bermakna perasaan itu hadir dengan ikhlas. Mungkin orang yang kita rindu itu merupakan orang yang kita sayang dan berada jauh dari sisi. Mungkin orang yang kita rindu itu sudah tiada lagi di dunia ini. Kalau perasaan rindu itu hadir kerana terasa kosong sejak pemergiannya maka berhentilah. Ikhlaskan diri dalam menyayangi seseorang.

"Lepas putus dgn gf/bf aku, aku rasa kosong la. Menyesal pula aku tinggalkan dia dulu."

Waktu diri  anda senang, bahagia dengan apa yang ada, tinggalkan orang yang disayangi keseorangan tanpa khabar berita, bergembira dengan rakan. Ya. Itu waktu gembira. Itu waktu apabila masih disamping orang yang disayangi. Itu waktu ketika orang yang masih menyayangi diri anda terus bersabar dan tetap menyayangi diri anda. Manusia ada tahap kesabarannya sendiri. Kalau perut yang disumbat makanan sehingga penuh pun boleh membuatkan kita termuntah, apatah lagi memendam rasa didalam hati. Mustahil mahu biarkan hati pula pecah. Pada satu waktu, apabila orang yang disayangi pergi jauh dari anda pergi, jangan anda sakan bertanya "Kenapa awak nak tinggalkan saya? Apa salah yang saya dah buat pada awak?" Pada ketika itu, tiada jawapan yang akan diberi. Fikirlah jawapannya sendiri agar anda tidak akan mengulanginya pada masa akan datang.

Mungkin kita tidak sedar bahawa orang itu merindui kita kerana dia tidak meluahkannya. Mungkin juga salah dia kerana tidak tahu meluahkan isi hati. Mungkin juga salah dia kerana tidak menegur apa salah silap kita sehingga kita lalai dan mengabaikan dia kerana kita sibuk dengan urusan lain. Hargai orang yang anda sayang kerana peluang yang datang cuma sekali. Dia ada diwaktu anda memerlukan dia. Datanglah kepada dia. Segaris senyuman sudah mampu membuatkan hatinya gembira dan menceriakan harinya.






GRAB THE CHANCES IN YOUR LIFE WHILE YOU STILL HAVE THE CHANCE TO LIVE.