05 September 2017

Nota Bil. 3

Hey, if you read this. I urgently need you to rescue me before I make a wrong move that will change our lives. This guy proposed me and he started to discuss with me about all those things. I hate it. Im not ready yet or to be exact, I dont want him. 

Hahahaha sepatutnya aku patut bagitau kau directly tapi haritu bila aku bagitau, everything until my heart content. Hmm hampeh. I know you still love me, kalau tak, takdenya kau terus menerus tanya pasal aku dekat orang keliling kau. Perhhh yakinnya chuolls, excuse my perangai tak senonoh, kah! Please, baca la weh. Tolong lah buka and baca. You know the existance of this blog, didnt you? Or maybe you forgot about it. Kau memang selalu lupa pasal aku pun. Hmm cedihh titeww. Please rescue me from doing something that Im not sure about it. To be honest, aku buat istikharah dan muka kau keluar. Banyak kali dah aku buat, masih kau. The latest one, when I did istikharah again. I dreamt of you and the next day you appeared infront of me. I do not know about your part but I did my best to strengthen my decision which is absolute. Tapi kalau kau masih tak muncul, what can I do? 

04 September 2017

Nota Bil. 2

I have tried my best to ... to forget you. 

Istikharah ✔️
Opinions from family ✔️
Opinions from friends ✔️
What my heart and mind told me ✔️

Hanis Zalikha kata: Kita cinta dia dan orangnya susah nak sakitkan hati kita, terimalah sebagai suami. Takmolah hidup dengan orang yang menyakitkan hati. I really want that kind of person because I easily get annoyed with a few or manyyyyy people lolololol. 

Tapi, tau apa yang selalu akan confuse kan otak? Confuse bila istikharah dapat jawapan A, family said B+BCD, friends told you that you should do XYZ and your heart and mind still wants to win your ego hahaha vangang. So? So? So what should you do? Titew nak nanesss sobs sobs. Sampai satu tahap, what you can decide is goodbye guys, Im gonna be single forevahhh unless I got that guy then I will marry him and I will never let him leave mehhh and I will pamper him like he is my babyyy (like seriously?) and whatevahhh. Benda jadi senang kalau siapa yang kita nak tu datang and just say: "Hey, I want to wife you. Please be mine". OwEmJi. 

So ... Please come to me.

11 August 2017

Still



"You are still breaking my heart and you don't even know. If you read this entry, it is for you. Many months have passed and I still cannot get over for what we went thru. After what you did, I told myself: "Just forget this stupid-egomaniac guy like this" but my feeling towards you remain. You do not realize this but my heart burst because of you and you hurt me without you knowing it."
I have found a good man, much better than you but he cannot shake my heart like you did. He gives his all to me: love, patience, care. I have tried to accept him and it works for a few months but then all turns to shit when I start to distance myself because I do not want to hurt him because of my feeling for you. Can you please tell me that you hate me so I can hate you more and I can love him with my heart content because he loves me with all his heart? I hate this "still" feeling towards you.

You have learnt your lesson. I gave you double shit and pain. You started to ask around about me and yes, you know how does it hurt, isn't it? 

15 June 2017

"But I held onto you. I took all my feelings, my wants and need and dreams and I buried them inside you. I planted a seed and watched and prayed over it. I planted myself inside you and waited to bloom. And it didn't take me no 18 years to realize the soil was hard and rocky and it wasn't never gonna bloom. But I held onto you, I held you tighter." - Fences



It takes me 6 years to make myself to bloom inside you. I prayed for it, put hopes and faith on you. In the end, all I got is shit.

Now, wait for me. I will give your shit back. I will make it double. Slowly but surely.

08 March 2017

Nota Bil. 1



Aku pernah baca quote: 'Loneliness is dangerous. It's addicting. Once you see how peaceful it is, you don't want to deal with people'. Percaya la, bila diri kau dapat masuk zon selesa untuk berseorangan, orang jadi apa dekat sebelah pun takkan rasa apa. Jiwa kosong sebab hanyut dalam dunia sendiri. 

Ya, ada manusia yang jenis kuat pendam perasaan (aku la tu) tapi bila dipendam, makin sakit. Pernah rasa kena buli dengan diri sendiri? Cuba kau simpan semua masalah kau tanpa cerita dengan orang. Yep, that feeling is the one what made yourself bullied by yourself! 

Orang yang pendam rasa ni kadang-kadang nak jaga hati orang lain, kadang-kadang nak jaga hati sendiri, kadang-kadang dah penat nak jaga perasaan sendiri, kadang-kadang terlampau kecewa dengan orang lain ataupun ada yang rasa dah malas nak layan orang lain. Ada yang lagi parah bila hati dah mati untuk faham perasaan orang lain dan diri sendiri. Kesian kan? 

Perasaan kecewa untuk tak boleh nak luahkan perasaan or what make it more worse (!) bahawa kau taktau macam mana nak luahkan perasaan kecewa dan sedih pada orang memang durjana rasa dia. Durjana! 

-Jangan cakap perempuan complicated sebab taktau luahkan isi hati. Urat otak perempuan punya selirat, perh nala, banyak benda bersimpul nak diluahkan cuma tak terluah dan takut orang yang menjadi tempat diluahkan perasaan jadi sakit hati atau mangsa keadaan kena maki. 
- Jangan cakap lelaki acah memahami sebab ego lelaki setinggi gunung. Tak pun tinggi lagi dari langit ketujuh, okay over. Lelaki ni otak pun sama berselirat tapi menangis bawah bantal, lepas geram dengan main game dan paling simple: rokok dan shisha. 

Kunci utama dekat sini:

  1. Jangan mainkan perasaan orang. Perasaan ni bukan boleh buat main, kecewa dia tahap bimasakti. 
  2. Jangan bagi orang tertunggu-tunggu. Pernah dengarkan? Penantian itu satu penyeksaan. Gitchew. 
  3. Jangan bagi harapan!! Kau nampak tanda seru tu? Dua okay. Kalau tak faham juga, taktau la nok.
  4. Jangan rasa selesa hidup sorang (nasihat untuk diri sendiri). Tak faham? Kau scroll balik quote aku tadi
  5. Jangan buli diri sendiri. Make yourself worth! Apa kata kau doa orang yang selalu kecewakan kau ni rasa meroyan sehari, haa okay tak baik (nasihat untuk diri sendiri!)

Mengikut pemerhatian dan kajian terhadap diri sendiri, lima kunci utama ni memang penyumbang kepada faktor untuk buatkan kau pendam perasaan. Tak percaya? Heh, kau korek balik library dalam hati dan otak tu. Mustahil satu antara lima tu tak pernah jadi *angkat kening* Bila kau pendam benda macam tu, kau akan selesa untuk berada dalam zon hidup untuk faham dan rawat perasaan kau sahaja. Trust me, I am a researcher in various fields.





ps: Jangan buat orang rasa yang diri dia tak berbaloi untuk awak. Dia ada perasaan juga walaupun dia nampak kasar dan keras. Benda macam tu jadi punca utama kenapa dia pernah tinggalkan awak, dulu. Jangan ikut penting diri sendiri, orang lain pun ada komitmen juga. But you know, effort wins everything. A simple reminder can help to enlighthen his/ her mind. Don't you agree with me? 




06 February 2017

A good day!

6th February 2017 
Monday


A good day to remember.
I love you.

28 December 2016

Do not ask me why ...

If one day,
When you meet me in the busy alley,
And I walk away,
Do not ask me why.

Once,
I begged for your love,
I asked for your care,
I cried most of the time,
All because I wanted you to be mine.

On that time baby,
You know the reason why,
The reason of why I walk away,
Just please do not ask me why.

18 December 2016

Good-Bad Reality

I recognized your smell,
I heard your steps,
I saw your blue shirt, 
I thought I was dreaming.

I was longing for your smile,
I wanted your eyes to look at me,
And you did all my heart's whispers,
I thought I was dreaming. 

It is the reality,
When I saw you in front of me,
Standing there silently,
Waiting for a moment to talk to me. 

It is a good reality,
When I saw you smile, look and talk to me,
It is a bad reality,
When my heart ripped into pieces because I want you to be mine. 

13 December 2016

Farewell

This is the end of my journey,
End of your journey,
Our journey.

My last farewell for you,
I will always love you,
Always.

12 September 2016

Awak, 


06 September 2016

Trust VS Ego

"Boys cannot be trust, throw rocks at them"

"Girls are ego, throw rocks at them"

Jenis manusia macam ni, bukan susah nak jumpa. Tengok kiri kanan pun boleh nampak. 

Hey, boys. Bila kau kata kau sayang, jangan pergi sayang orang lain. Perempuan punya tahap berfikir boleh capai tahap bimasakti jauh dia, lain maciiaam punya unik kalau hengkorang nak tau. Lelaki selalu mengaku: "Dalam hati I ada taman, you je tak nampak". Haa taman tu la yang korang gunakan nak buat taman permainan. 

Taman permainan yang kau bina untuk mainkan hati manusia. Untuk lebih tepat lagi: hati perempuan

Jangan sembang kencang. Sekencang sembang kau, kencang dan puting beliung lagi sembang perempuan. 



Hey, girls. Ego tu bina tinggi melangit, nak kemana. Bila ada masalah, luahkan. Bila tak puas hati, jangan pendam. Tak usah dok bahasa kiasan acah Melayu klasik konon. Ada jenis manusia pesen lembab yang tak boleh nak faham apa yang kau nak sampaikan ataupun manusia tu yang taknak faham kau.

Mode bahasa kiasan, On!: "You tak faham apa I rasa, I je tau sebab I lama simpan masalah ni"

Kau ingat orang boleh bedah nak tengok apa kau rasa dekat hati tu. Come on. Grow up, girls! Chin up and spill your words out. Dah melepas, kau yang menyesal.


Lols




02 September 2016

Please



For once, please come back to me.

Yes ...

I am desperate to have you. I am. 

01 March 2014

Faith

I put my faith on you. I give you my all. I love you eternally. Do me a favour, will you?

Do not break my tiny heart. Please.





16 February 2014

Erti rindu

Rindu kerana memerlukan orang tersebut atau terasa kosong tanpa kehadiran orang tersebut? Fikirkan. Kalau perasaan rindu itu hadir kerana memerlukan orang tersebut bermakna perasaan itu hadir dengan ikhlas. Mungkin orang yang kita rindu itu merupakan orang yang kita sayang dan berada jauh dari sisi. Mungkin orang yang kita rindu itu sudah tiada lagi di dunia ini. Kalau perasaan rindu itu hadir kerana terasa kosong sejak pemergiannya maka berhentilah. Ikhlaskan diri dalam menyayangi seseorang.

"Lepas putus dgn gf/bf aku, aku rasa kosong la. Menyesal pula aku tinggalkan dia dulu."

Waktu diri  anda senang, bahagia dengan apa yang ada, tinggalkan orang yang disayangi keseorangan tanpa khabar berita, bergembira dengan rakan. Ya. Itu waktu gembira. Itu waktu apabila masih disamping orang yang disayangi. Itu waktu ketika orang yang masih menyayangi diri anda terus bersabar dan tetap menyayangi diri anda. Manusia ada tahap kesabarannya sendiri. Kalau perut yang disumbat makanan sehingga penuh pun boleh membuatkan kita termuntah, apatah lagi memendam rasa didalam hati. Mustahil mahu biarkan hati pula pecah. Pada satu waktu, apabila orang yang disayangi pergi jauh dari anda pergi, jangan anda sakan bertanya "Kenapa awak nak tinggalkan saya? Apa salah yang saya dah buat pada awak?" Pada ketika itu, tiada jawapan yang akan diberi. Fikirlah jawapannya sendiri agar anda tidak akan mengulanginya pada masa akan datang.

Mungkin kita tidak sedar bahawa orang itu merindui kita kerana dia tidak meluahkannya. Mungkin juga salah dia kerana tidak tahu meluahkan isi hati. Mungkin juga salah dia kerana tidak menegur apa salah silap kita sehingga kita lalai dan mengabaikan dia kerana kita sibuk dengan urusan lain. Hargai orang yang anda sayang kerana peluang yang datang cuma sekali. Dia ada diwaktu anda memerlukan dia. Datanglah kepada dia. Segaris senyuman sudah mampu membuatkan hatinya gembira dan menceriakan harinya.






GRAB THE CHANCES IN YOUR LIFE WHILE YOU STILL HAVE THE CHANCE TO LIVE.  





03 February 2014

Ke-sweet-an seorang gadis

Pernah tidak jumpa orang yang akan simpan setiap satu benda yang diberikan oleh orang yang dia sayang?

Ada yang mengumpulkannya di dalam kotak. Yang paling kurang pun ada yang menulis di dalam diari. Perempuan mesti nak simpan sesuatu kenangan walaupun kenangan tersebut sebesar zarah. Nanti apabila tengok semula, ada yang tersengih sendiri. Memori perempuan boleh menyimpan macam-macam memori. Memori dari tarikh, bagaimana boleh terjumpa, baju warna apa yang dipakai, tempat berjumpa dan segala yang terperinci. Kan Harith Iskander ada kata di dalam Lawak Ke Der di Astro; "Perempuan punya memori ni disimpan dalam sebuah fail memori. Segala memori disumbat dalam fail tersebut sehingga kalau ada kuman lalu, tiada ruang untuk kuman tersebut lalu."

Perempuan nampak sahaja keras diluar, kata-kata setajam sembilu sehingga mampu menghiris menusuk kalbu. Ecey ayat.

"Beb. Kalau aku mati dulu dari kau, ni ada kotak. Jangan lupa bagi dekat A tau. Amanah ni"

Segala macam benda dan khazanah dari awal pengenalan sehingga ke akhirnya, seorang perempuan akan simpan. Dengan harapan apabila dia pergi meninggalkan dunia yang sementara ini, orang yang dia sayang itu sedar bahawa ada yang menghargai dirinya.

Sweet kan perempuan? Ya. Sangat menyerlah ke-sweet-an perempuan.


WOMEN ALWAYS HAVE A SHARP MOUTH THAT CAN HURT HER BELOVED ONES BUT ACTUALLY SHE IS THE ONE WHO HAVE THE DEEPEST FEELING AMONG OF ALL.


01 February 2014

Menolong itu amalan mulia

"Nak saya tolong?"
"Macam perlukan bantuan tu. Meh sini aku tolong kau."

Tidak ada yang membebankan pun kalau kita menolong orang. Pahala pun dapat. Mengeratkan silaturrahim. Hidup diberkati. Pakej yang lengkap. Siapa yang tak nak? Mai habaq sini.

Kan ada orang kata; "Perbuatan mulia akan dibalas mulia". Pada akhir zaman ini, Allah bagi balasan yang setimpal dengan perbuatan kita dengan sekelip mata. Mungkin kita menolong orang dari segi yang lain dan orang lain akan menolong kita dari segi yang lain. Baik yang kita beri kepada orang, baik yang kita dapat. Jahat yang kita beri kepada orang, jahatlah yang kita dapat. Jadi, setiap perbuatan itu terletak ke atas diri kita sendiri.

"Alaa. Tu menolong orang bukannya ikhlas tu. Nak menunjuk dekat orang je lebih."

Ahh! Persetankan semua tuduhan tersebut. Hanya diri sendiri dan Allah sahaja yang tahu niat sebenar kita. Manusia mana yang sentiasa berasa senang dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang lain. Ada sahaja yang buruk dimatanya. Niat kita yang ikhlas hendak menolong orang hendaklah diteruskan dan kita mendapat pahala. Sebaliknya, orang yang memperkecilkan niat baik seseorang akan mendapat dosa. Sia-sia sahaja kan? Muhasabah diri.

"Terima kasih."

Ini ucapan yang paling penting selepas seseorang menolong kita! Dua patah perkataan ini lebih bernilai jika dibandingkan dengan; "Nanti aku belanja kau makan sebab kau tolong aku." 

GAGAHKAN HATI DAN KUATKAN IMAN. TERAPKAN DI DALAM HATI DAN MINDA BAHAWA PERBUATAN BAIK DIBALAS BAIK MANAKALA PERBUATAN JAHAT DIBALAS JAHAT.






31 January 2014

"luu kena respect gua!"

Ada orang kata, "Yang tua dihormati dan yang muda disayangi."  Di Malaysia ni memang terkenal dengan orang yang berbudi bahasa, menghormati orang lain dan terselit juga orang yang mengharap dirinya dihormati oleh orang lain.

"Derr. Aku ni lagi tua dari kau. Dah merasa dulu masinnya garam. Hormatlah aku!"

Hormat ni bukan seesuatu yang boleh diminta. Kalau petik jari itu dah mendapat hormat dari orang lain, alamat nya orang di Malaysia ini kerjanya memetik jari sahaja la. Ye dok? Boleh kalau ingin dihormati. Lakukan sesuatu perkara yang memberi manfaat kepada orang lain. Perkara yang baik akan dihebah-hebahkan oleh orang lain. Secara tidak langsung, anda akan dihormati. Tidak semestinya seseorang yang berumur mampu mendapat kehormatan daripada orang lain. Jangan serabut mahu mempertikaikan siapa yang sudah merasa garam dahulu. Sebaliknya, anda harus serabut memikirkan bagaimana orang yang lambat merasa garam itu mampu menjadi jauh lebih hebat dan dihormati berbanding anda.

"Aahh! Aku senior. Kenapa pula aku kena buat kerja ni. Bagi junior sudah la"

Ini masalah orang kemaruk senioriti. Jarak umur yang cuma setahun atau dua sahaja bezanya, pengalaman yang tidak seberapa tetapi sudah sibuk mahu mencanang yang dirinya lebih hebat dari orang lain. Ya. Betul. Perbezaan umur itu patut menjadi salah satu perkara mengapa orang yang lebih tua perlu dihormati. Tetapi anda perlu sedar bahawa perbezaan umur juga menjadi salah satu perkara untuk orang lain menilai tahap kematangan diri anda. Tidak usah sibuk mahu membetulkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri masih tidak mampu untuk dibetulkan.





"HIDUP INI UMPAMA RODA. 
SEMENTARA YANG PERTAMA, KITA BERADA DI BAHAGIAN ATAS. 
SEMENTARA YANG KEDUA PULA, KITA BERADA DI BAHAGIAN BAWAH. 

MANA TAHU TIBA-TIBA RODA ITU ROSAK, 
DAN KEBETULAN PULA KITA BERADA DI BAWAH?

SEDARLAH! ALLAH ITU MAHA ADIL."







21 January 2014

graf kehidupan

Puas hati dok dengan kehidupan sekarang? Banyak jawapan:

"The best ever in my life. Perh, bahagia lah hidup kalau gini tiap-tiap hari."
"Kenapa lah hidup aku macam ni? Bila nak bahagia, bila nak hidup gembira?"

Alhamdulillah kepada yang bahagia, gembira dan mampu tersenyum. Tetapi ingat, di dalam setiap kegembiraan akan datang kesedihan. Tiada masalah kalau kita bergembira, cuma beringatlah.

Kepada yang bersedih, cuba ingat kembali keadaan sekeliling, lihat masa lepas. Apa yang teringat? Haa. Hanya diri sendiri yang tau.

"Keluarga aku mana mampu macam keluarga kau. Kau selalu je dapat baju, kasut baru. Aku ni? Hidup aku tak sebahagia kau."

Pernah tengok cerita Bersamamu dekat TV3? Cuba bandingkan keluarga sendiri dengan keluarga mereka. Siapa yang tidak mampu sebenarnya? Terlintas dihati kadang-kadang "Kenapa aku tak sesempurna keluarga orang lain?" Jangan bandingkan keluarga sendiri dengan keluarga orang lain. Semua orang ada latar belakang hidup yang tersendiri. Tidak semestinya keluarga yang kaya-raya, hidupnya bahagia. Mana tahu, keluarga yang sederhana, keluarga yang miskin itu, hidupnya lebih bahagia dari keluarga yang kaya-raya. Hidup ini tidak selalunya indah seumpama graf yang ada naik turunnya. Sebagai anak, kita yang harus mengubah keluarga kita. Sedarlah. Ketika kita kecil dan tidak mampu, ibu bapa yang bersusah payah menggembirakan dan menyenangkan hidup kita. Ketika ibu bapa kita tidak mampu dan tidak mempunyai kudrat pada masa akan datang, anak yang harus bertungkus lumus untuk menggembirakan dan menyenangkan hidup mereka.

"My life is miserable. My boyfriend left me."
"My life is miserable. My girlfriend left me."

Bak kata orang Melayu: "Alahai. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor."  Manusia. Perasaan yang lama ditanam dalam hati, mana boleh nak racun perasaan yang lama disemai. Kena perlahan-lahan buang, buat batas baru dan hilangkan sisa-sisa perasaan yang berbekas. Hidup ini tidak selalunya indah seumpama graf yang ada naik turunnya. Mahu dibandingkan dengan teman lelaki atau teman perempuan, cuba bandingkan pasangan yang telah berkahwin? Sekadar baru berkenalan dan bercinta pun boleh bergaduh besar apatah lagi pasangan yang sudah berkahwin yang terikat dengan ikatan yang sah. Jangan kerana satu perhubungan, kehidupan menjadi tidak seindah yang kita impikan.

"Our children left home for their studies dear. I missed them. When will they come home?"

Selalu mendengar rungutan ibu bapa kerana sunyi anak tiada di rumah. Setiap hari, anak-anak akan membesar. Bermula dari memasuki tadika kemudian menjejakkan kaki ke alam persekolahan dan menjejakkan kaki ke alam universiti dan yang terakhir, alam perkahwinan. Ibu bapa mana yang tidak kesunyian mendengar celoteh anaknya setiap hari dan kemudian anak itu pergi jauh dari mereka. Hidup ini tidak selalunya indah seumpama graf yang ada naik turunnya. Konklusinya senang sahaja. Ibu bapa harus cuba memahami keadaan anak mereka. Anak pula harus memainkan peranan penting. Walaupun kita berada jauh dari ibu bapa, jangan kita menunjukkan yang kita lupakan mereka. Hubungi mereka sekerap mungkin. Jangan lupa, "Air yang dicincang, tidak akan putus."



Allah tidak akan menguji hamba Nya jika hamba Nya tidak mampu. Sesungguhnya Allah menyayangi hamba Nya yang sentiasa bersabar, "Indeed, I have rewarded them this Day for their patience, they are indeed the ones who are succesfull"  (Al Quran, 23:111)




Hidup ini ada turun dan naik seperti graf. 
Kalau graf mendatar, macam mana nak baca data? 
Kalau hidup mendatar, macam mana nak dewasa?






20 January 2014

sayang

Sayang. Manusia mana di dalam dunia ni tiada perasaan itu? Jangan dinafikan perasaan tersebut. Pernah dengar tidak orang kata "Jangan benci sangat, nanti sayang." Sedar tidak sedar, semua orang pernah melalui perkara tersebut.

"Ya. Betul tu. Sayang memang ada macam-macam jenis. Mahu diklasifikasikan? Boleh."

 Sayang kepada Allah? Sudah tentu kerana kita ini hamba Nya.
 Sayang kepada diri sendiri? Sebab itu kita jaga diri kita dengan baik. 
Sayang kepada keluarga? Sebab mereka la kita kenal apa erti kasih sayang di dunia ini. 
Sayang kepada pasangan? Ya sebab itu ada pasangan yang bercinta dan berkahwin. 

"Derr. Love is too mainstream."

Kalau kau sayang, kau tidak sakitkan hati dia. Kalau kau sayang, kau cuba sedaya upaya untuk menggembirakan dia. Kalau sayang, kenapa kau lukakan hati dia? Argh! Banyak sangat penggunaan perkataan kalau. Dibuatnya orang Malaysia dapat saman gara-gara perkataan kalau, mahu kaya Malaysia. Dibuatnya Malaysia keluarkan saman gara-gara seseorang itu tidak memberikan kasih sayang. Wah! Kaya Malaysia. 

"Beb, kau mengigau tadi. Kau dok teriak awak, awak, awak. Apa cerita?"

Kau kata yang kau okay. Kau kata kau boleh tak berhubung seminggu, dua minggu. Kau tunjuk di hadapan semua orang yang kau mampu tersenyum walaupun hati kau dihiris dengan perbuatan orang yang kau sayang. Ya. Itu cuma luaran sebab itu kau mampu tersenyum. Itu cuma ucapan di bibir sebab itu kau kata okay sepanjang masa. Itu cuma perbuatan untuk mengaburi mata orang lain bahawa kau mampu menceriakan diri kau tanpa orang yang kau sayang. 

Realitinya, kau berselubung di dalam selimut sebelum tidur. Kau menangis kerana kecewa dengan orang yang kau sayang sepenuh hati. Realitinya, kau mendengar lagu di depan komputer riba atau di telefon bimbit sambil membuat kerja sedangkan kau termenung sehingga dapat menembus skrin komputer riba atau telefon bimbit itu umpamanya. Realitinya, kau bersedih dan mengaburi mata orang lain bahawa kau bahagia. 

"I am okay. Don't you worry about me"

Manusia menipu untuk membahagiakan orang lain. Sampai bila? Fikirkanlah wahai diri. 

"Babe, share your suffer with me. I can be your ear for you to share your suffer."

Untunglah jika orang yang mendengar itu boleh menyimpan rahsia kita. Untung juga untuk kita jika kita dapat meluahkan apa yang terbuku di hati seratus peratus. Untung juga jika orang yang mendengar tidak menilai diri kita. 

Namun, manusia hanya sedar apabila orang yang menyayangi dirinya pergi jauh meninggalkan dirinya. Manusia hanya sedar seketika setelah dinasihat dan selang beberapa hari, manusia akan kembali melakukan perkara yang sama. Manusia mana yang sempurna selain Rasulullah SAW. Ada?

Awak. Hargai orang yang menyayangi dirimu. Walaupun orang itu egonya setinggi gunung, mata menjeling setiap kali melihat dirimu, membangkang apa yang tidak elok untuk dirimu. Sedarlah. Orang itu menyimpan 1001 perasaan di dalam hati yang tidak mampu diungkap. Tersenyum setiap kali melihat namamu terpapar di skrin telefon bimbit, tersenyum setiap kali dia mendengar namamu, tersenyum sepanjang masa melihat dirimu. Tetapi apabila dirimu memandangnya, sekelip mata wajahnya berubah untuk tidak menampakkan dirinya gembira disisimu. Ya. Dia sebenarnya bahagia apabila dirimu tidak mengabaikannya dan membuktikan yang dirimu sayang dirinya.


"Love what you have, before life teaches you to love what you lost"

- Anonymous





19 January 2014

A mom

"She is too fragile to handle"

Mama, ibu, mak, mom, mummy dan bonda. Seorang yang terlalu mengambil berat. Sakitkan diri sendiri hanya untuk kebahagiaan anak-anaknya. Senang menangis jika anaknya berjaya atau membuatkan hatinya terluka. Kenapa? Allah tidak memberi seorang wanita kekuatan dari segi luaran kerana perkara tersebut dianugerahkan kepada lelaki. Allah memberi kekuatan dari segi dalaman kepada seorang wanita. Ya. Allah itu maha adil. Wanita dan lelaki diberikan sama kekuatan cuma dari segi lain sahaja. 

Seorang ibu mampu melahirkan anak dengan menggunakan segala kekuatannya. Seorang ibu mampu menyembunyikan keinginannya kerana ingin memenuhi permintaan anaknya. Seorang ibu mampu memberi kasih sayang kepada anaknya walaupun hatinya terluka. Itulah kekuatan seorang ibu. Kasih sayang. 

"See? She is too fragile to handle."

At one time. A girl. She is the eldest one in the family and her family call her 'kakak'.

"Ma. kenapa ayah tak pernah panggil akak ni kakak? Kenapa ayah panggil nama je? Tak fair la ma. Orang lain semua ayah panggil dengan gelaran masing-masing. So not fair."

Well. She is a girl by the way. Even a small matter, she realized and complained to her mom. Continuously. Think by a general side, it is not a big deal actually. Well. She is a girl. 

"Kakak! Kakak apa cerita hari ni? Belajar la. Exam dah nak dekat. Okay?"
"Boleh tolong tak kak? Kakak tolong ambilkan sayur yang baru beli dalam peti ais"
"Nampak tak mama punya cermin mata? Kakak tolong carikan. Thanks kak." 
"Ish mana la tadi barang ni. Kakak! Tadi mama suruh akak simpan kan? Mana kakak letak?"

Well. She is a mom. She is a woman by the way. Even a small matter, she realized and she will make sure to keep her daughter happy. In every conversation, the 'kakak' word will appear. She do not want her daughter to get upset. Anyhow, Her daughter realized with the 'kakak' word. It is does sounds weird. Very weird! A simple change in her mom's dialogue and she realized it. Well. She is a girl. 

It is does not matter whether she is a old woman, teenager or a small girl. They are under one category: WOMEN. Allah gave women the same feeling. That feel will appear when they can reach their maturity or by the time they can think very well. Well. They are women. 



"O mankind! Reverence your Guardian-Lord, who created you from a single person, created, of like nature, his mate, and from this pair scattered (like seeds) countless men and women. Reverence Allah, through Whom you demand your mutual (rights), and reverence the wombs (that bore you); for Allah ever watches over you." 

(Al-Quran, 4:1)