08 March 2017

Nota Bil. 1



Aku pernah baca quote: 'Loneliness is dangerous. It's addicting. Once you see how peaceful it is, you don't want to deal with people'. Percaya la, bila diri kau dapat masuk zon selesa untuk berseorangan, orang jadi apa dekat sebelah pun takkan rasa apa. Jiwa kosong sebab hanyut dalam dunia sendiri. 

Ya, ada manusia yang jenis kuat pendam perasaan (aku la tu) tapi bila dipendam, makin sakit. Pernah rasa kena buli dengan diri sendiri? Cuba kau simpan semua masalah kau tanpa cerita dengan orang. Yep, that feeling is the one what made yourself bullied by yourself! 

Orang yang pendam rasa ni kadang-kadang nak jaga hati orang lain, kadang-kadang nak jaga hati sendiri, kadang-kadang dah penat nak jaga perasaan sendiri, kadang-kadang terlampau kecewa dengan orang lain ataupun ada yang rasa dah malas nak layan orang lain. Ada yang lagi parah bila hati dah mati untuk faham perasaan orang lain dan diri sendiri. Kesian kan? 

Perasaan kecewa untuk tak boleh nak luahkan perasaan or what make it more worse (!) bahawa kau taktau macam mana nak luahkan perasaan kecewa dan sedih pada orang memang durjana rasa dia. Durjana! 

-Jangan cakap perempuan complicated sebab taktau luahkan isi hati. Urat otak perempuan punya selirat, perh nala, banyak benda bersimpul nak diluahkan cuma tak terluah dan takut orang yang menjadi tempat diluahkan perasaan jadi sakit hati atau mangsa keadaan kena maki. 
- Jangan cakap lelaki acah memahami sebab ego lelaki setinggi gunung. Tak pun tinggi lagi dari langit ketujuh, okay over. Lelaki ni otak pun sama berselirat tapi menangis bawah bantal, lepas geram dengan main game dan paling simple: rokok dan shisha. 

Kunci utama dekat sini:

  1. Jangan mainkan perasaan orang. Perasaan ni bukan boleh buat main, kecewa dia tahap bimasakti. 
  2. Jangan bagi orang tertunggu-tunggu. Pernah dengarkan? Penantian itu satu penyeksaan. Gitchew. 
  3. Jangan bagi harapan!! Kau nampak tanda seru tu? Dua okay. Kalau tak faham juga, taktau la nok.
  4. Jangan rasa selesa hidup sorang (nasihat untuk diri sendiri). Tak faham? Kau scroll balik quote aku tadi
  5. Jangan buli diri sendiri. Make yourself worth! Apa kata kau doa orang yang selalu kecewakan kau ni rasa meroyan sehari, haa okay tak baik (nasihat untuk diri sendiri!)

Mengikut pemerhatian dan kajian terhadap diri sendiri, lima kunci utama ni memang penyumbang kepada faktor untuk buatkan kau pendam perasaan. Tak percaya? Heh, kau korek balik library dalam hati dan otak tu. Mustahil satu antara lima tu tak pernah jadi *angkat kening* Bila kau pendam benda macam tu, kau akan selesa untuk berada dalam zon hidup untuk faham dan rawat perasaan kau sahaja. Trust me, I am a researcher in various fields.





ps: Jangan buat orang rasa yang diri dia tak berbaloi untuk awak. Dia ada perasaan juga walaupun dia nampak kasar dan keras. Benda macam tu jadi punca utama kenapa dia pernah tinggalkan awak, dulu. Jangan ikut penting diri sendiri, orang lain pun ada komitmen juga. But you know, effort wins everything. A simple reminder can help to enlighthen his/ her mind. Don't you agree with me?